Monday, 24 October 2011

Sembilan kemahiran mikropengajaran







Iaitu

1.)Memulakan pengajaran
2.)Menyoal
3.)Menerang
4.) Memperkukuh
5.)Membuat demonstrasi
6.)Mengendalikan perbincangan
7.)Mengendalikan kerja amali 
8.)Menutup pengajaran 
9.)Membuat refleksi
cmap- untuk membuat peta konsep
rubricstar- membuat rubric
Selepas mengikuti kelas Dr. Nurul pada hari 18/10/2011, saya mendapati bahawa setiap sesi Pengajaran dan Pembelajaran yang dikendalikan oleh guru tidak semudah yang dinampak. Kemahiran asas bagi kemahiran mengajar dikenali sebagai mikropengajaran. Terdapat sembilan kemahiran mikropengajaran iaitu:
1.Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
2.Menyoal
3.Menerang
4.Memperkukuh
5.Membuat demonstrasi
6.Mengendali perbincangan
7.Mengendali kerja amali
8.Menutup pengajaran 
9.Membuat refleksi

Saturday, 1 October 2011

Amazing!

low cost and easily accessible material, and yet environmental friendly.
Tn. Hj. Shaharuddin showed us during the first week of Radiation And Nuclear Physics lecture.

Persiapan Debat dan Seminar pada Isnin(03/10/2011) dan Selasa (04/10/2011)

Pada minggu ketiga, kumpulan kami telah banyak berusaha bagi menjayakan "Project Based Learning" ini. Saya dan kumpulan saya telah bersepakat untuk bersetuju bahawa Tenaga Nuklear mampu menjadi tenaga utama bagi negara Malaysia pada suatu hari nanti menggantikkan petroleum.
Bagi Perbahasan yang akan berlangsung esok, tiga kumpulan termasuk kumpulan kami telah berbincang dan membahagikan tugas masing-masing. Kumpulan kami akan menghantar seorang wakil dan seorang lagi daripada dua kumpulan yang lain.
Berbalik pada seminar pula, saya akan membentang bersama rakan-rakan saya dan kami sedang menganalisis data-data kita. Walaupun pada saat-saat ini, kami masih melakukan "interview" dengan beberapa orang yang kami rasa mampu membantu kami dalam pembentangan kami nanti.

Wednesday, 21 September 2011

Temu Bual Dengan YDP

Pada hari ini (21/09/2011), tiga orang  ahli kumpulan dan saya telah menemu bual YDP daerah Tanjong Malim. Ini akan saya ceritakan di wikispaces kumpulan kami.

Questionnaire "Projek Nuklear"

Pada hari Ahad lepas (18/09/2011), saya telah berjaya mengedarkan "Questionnaire" kepada 24 orang penduduk bandar (Kuala Lumpur). Mereka ini ada yang dewasa dan ada yang masih murid sekolah lagi, namun kebanyakannya adalah orang dewasa. Ini merupakan pengalaman baru kepada saya kerana pada kali ini saya melakukan seorang diri berbanding dengan pengalaman yang sebelum ini. Ini membolehkan saya menjadi lebih tabah dan meningkatkan lagi kemahiran komunikasi saya. Pada pagi ini pula (21/09/2011), saya dan ahli kumpulan saya telah mengedarkan borang "Questionnaire"kepada penduduk di sekitar Tanjong Malim, dan setakat ini saya mendapati bahawa ramai penduduk tidak tahu apa itu Tenaga Nuklear, dan mereka hanya mengetahui kesan loji Nuklear di Fukushima Daiichi di Jepun dan loji Nuklear di Chernobyl, Ukraine. Malah, ada yang ingin berkongsi maklumat bersama kami dan kami berbual selama 15 minit! Saya boleh mengatakan banyak yang dapat saya belajar dalam pelaksanaan projek setakat ini. 

Friday, 16 September 2011

Malaysia Day

Happy Malaysia Day to all Malayisans.
Let us embrace this day with pride, thankfulness and happiness.