Wednesday 30 November 2011

Friday 18 November 2011

The link to Prezi: Learning, Media & Technology




Below is the video for the Learning, Media And Technology.

Thursday 3 November 2011

Thinking Based Learning

Pada 1 hari bulan 11, tahun 2011, rakan sekelas saya dan saya telah didedahkan kepada kaedah Thinking Based Learning". Kaedah ini mengutamakan kemahiran pelajar berfikir dan tabiat berfikir. Penggunaan Thinking Template banyak membantu dalam mengikuti sesi ini. Antara kategori dalam Thinking Template adalah Knowledge, Understanding, Application, Analysis, Evaluation dan Create/ Synthesis. Sebenarnyaini juga berkait rapat dengan Bloom Taxonomy.
Apakah beza Thinking Based Learning dengan kaedah mengajar yang biasa digunakan oleh guru?
Biasanya, pelajar hanya terlibat denganlower thinking order, iaitu mereka menerima apa yang diajar oleh guru secara pasif (contohnya, pelajar tidak menanya soalan langsung). Mereka hanya akan diuji melalui proses mengingat semula atau recalling process. Satu keadaan yang jelas menggambarkan situasi ini adalah apabila guru menyediakan pelajar-pelajarnya bagi menjawab soalan peperiksaan, guru tidak sangat mementingkan pemahaman pelajar dan lebih menyuruh pelajarnya menghafal soalan (ada kalanya jawapan sekali) yang kerap disoal dalam ujian. Ini terutamanya berlaku pada pelajar yang dikategorikan sebagai "lemah". Namun, semua ini hanya akan mengakibatkan pelajar tersebut lebih keliru dan berasa bosan terhadap sesi P&P.

Kategori 1: Knowledge
Kategori ini lebih kepada seseorang mengingat kembali apa yang diterima. Seperti namakan sesuatu, apakah faktor untuk situasi tertentu dan sebagainya.
Kategori 2: Understanding
Kategori ini lebih kepada pemahaman sesseorang tentan apa yang diterima. Dalam ayat lain ialah mereka mampu menjelaskan apa yang dipelajari dengan perkataan sendiri.
Kategori 3: Application
Kategori ini bermaksud seseorang tersebut mampu menggunakan informasi yang diterima dan faham, dalam situasi yang berlainan seperti menjalankan sesuatu aktiviti yang berkait dengan apa yang dipelajari.
Kategori 4: Analysis
Kategori ini bererti kebolehan seseorang mengkategorikan informasi am bagi mengkaji dengan lebih dalam lagi dalam aspek pemahaman dan hubungan. Contohnya membandingkan sesuatu.
Kategori 5: Evaluate
Kategori ini lebih berfokus pada kemampuan seseorang membuat keputusan berdasarkan analisis yang telah dilakukan. Ataupun dalam perkataan lain, membuat hipotesis.
Kategori 6: Create
Kemampuan seseorang menjana idea baru, cara melihat sesuatu dari aspek berlainan, atau dalam perkataan lain kebolehan membina sesuatu yang baru.