Wednesday 21 September 2011

Questionnaire "Projek Nuklear"

Pada hari Ahad lepas (18/09/2011), saya telah berjaya mengedarkan "Questionnaire" kepada 24 orang penduduk bandar (Kuala Lumpur). Mereka ini ada yang dewasa dan ada yang masih murid sekolah lagi, namun kebanyakannya adalah orang dewasa. Ini merupakan pengalaman baru kepada saya kerana pada kali ini saya melakukan seorang diri berbanding dengan pengalaman yang sebelum ini. Ini membolehkan saya menjadi lebih tabah dan meningkatkan lagi kemahiran komunikasi saya. Pada pagi ini pula (21/09/2011), saya dan ahli kumpulan saya telah mengedarkan borang "Questionnaire"kepada penduduk di sekitar Tanjong Malim, dan setakat ini saya mendapati bahawa ramai penduduk tidak tahu apa itu Tenaga Nuklear, dan mereka hanya mengetahui kesan loji Nuklear di Fukushima Daiichi di Jepun dan loji Nuklear di Chernobyl, Ukraine. Malah, ada yang ingin berkongsi maklumat bersama kami dan kami berbual selama 15 minit! Saya boleh mengatakan banyak yang dapat saya belajar dalam pelaksanaan projek setakat ini. 

1 comment:

  1. kok, dr nurul ask us to uplod the questionaire into our wiki. i dont hav the softcopy. if u hav it, attach a file into our wiki,tq ^^

    ReplyDelete