Monday 24 October 2011

Kemahiran Memulakan Pengajaran

Sesi pengajaran ini bagaikan sabuah karangan yang mempunyai permulaan, isi/konten/ badannya, dan juga penutup. Kemahiran memulakan pengajaran ini penting kerana pelajar sekolah mungkin tidak bersedia lagi dari aspek kognitif dan afektif. Oleh itu, tugas cikgu untuk mencapai objektif sesi P & P mungkin akan menjadi sukar jika tidak membantu pelajarnya bersiap sedia dahulu.

Antara langkah penting dalam memulakan pengajaran adalah bagaimana guru mampu menarik perhatian para pelajar, mencungkil idea pelajar dan membantu mengaitkan idea mereka dengan sesi pengajaran melalui langkah-langkah yang sesuai. Adalah penting bagi guru menghasilkan suatu keadaan yang kondusif, mesra, menarik, selesa dalam menjayakan dan menjadikan kuliah itu berkesan serta dapat memanfaatkan pelajar-pelajarnya.

No comments:

Post a Comment